Pages

Thursday, May 12, 2011

Masyarakat Rosak ?

Assalamualaikum

    Tajuk entry kali ni macam membosankan je ? Apa yg rosaknya masyarakat kita ? Ish ish ish , banyak sangat rosaknya ! sedar atau tak , terpulang... Tepuk dada tanya selera , apa benda yang tak kena ? Melalui apa yg pernah ku alami sendiri , benda-benda ni berpunca dari 3 jenis bahan-bahan rencah kebinasaan. Wa ? mari kita bincangkan selanjutnya. ( sebenarnya ada banyak lagi , malas nak tulis :P )

Wanita ( yang miang k )


  Hahaha.. tentu ada hati kecil berkata " apasal kami pulak ? ".. janganlah terasa. Siapa yg makan cili , dialah yg terasa pedasnya. yg ingin saya sentuh disini ialah wanita yg bergaul secara bebas @ free. Wanita ni sebenarnya penghias dunia , seperti yg pernah ku jumpa sampai hari ni pun masih tak boleh lupa. Yg jadi masalah ialah apabila wanita ini tersalah didikan , maka generasi seterusnya yg dilahirkan oleh mereka lebih cenderung utk jadi seperti mereka. Setiap wanita itu bakal menjadi ibu , yg merupakan insan pertama dan rapat sekali dengan anaknya. Bila ibu pergi clubbing , anak pun pergi jugak ? WTF.. kalau nak dilarang pun , memang pekena " eleh.. mak pun sama ( dengan aksi lidah terjelir ) ". Oh pedihnya , tak nak la berlaku begitu kan ? Bukanlah ku menyalahkan wanita yg jadi punca masalah , tetapi janganlah wanita mencari masalah. Biarlah nilai kamu seperti permata , bukan FREE. Jual la mahal sikit , jangan bagi can mat bangla usha kamu ! Bagi wanita diluar sana , janganlah tersalah pilih jalan. Tuntutlah ilmu yg bermanfaat , jangan buat maksiat. Kami sebagai lelaki pun bersalah juga ( MENGAKU pun ! ). tapi bukan aku :P

Arak dan Dadah


Wa ? Popular sungguh minuman Pak Rimau ni. Rasulullah S.A.W. pernah bersabda , "Arak merupakan pangkal segala kejahatan ". Eh ? apa kaitan dengan dadah  ? ( SAMA la tu :P ). Apa yg sedap sangat benda ni ? Kalau diminum pun , esofagus rasa macam kena tuang bara api je. Bila mabuk , macam org sot ! Banyak kemalangan dan kemusnahan rumah tangga gara-gara sebotol Air Gila ( yg ni terma yg sesuai ). Penderaan anak , kes rogol , kes bunuh... tak terkata la , banyak sangat kesannya. Buat apa dibeli benda yg membawa lebih Mudharat daripada Manfaat ? Dadah dan Arak ni bukan barang murah , ekonomi Mafia pun boleh jalan asal je dorang jual dua benda ni. Dengan membelinya , seolah olah kita menyokong kejahatan. Last sekali kita juga yg kena penyakit hati , buah pinggang... Nak ? kalau nak , memang kau NGOK ! Janganlah kita merosak diri sendiri , selamatkan masyarakat kita. Awak pun ahli masyarakat ni , buatlah sesuatu. 
Act Now !

Harta 


    Apa kena mengena dengan harta ?  Bukankah harta itu penting >> membina pusat hiburan , mengimport pelacur dari China , membeli senjata api utk kegunaan samseng , melabur dalam sindiket dadah , merasuah..... WOW ! banyak kegunaannya kan. Kalaulah tiada yang menggunakan hartanya kejalan seperti yg disebutkan , dunia akan jadi tempat yg sangat aman. Penggunaan harta tidak salah , namun harus dibimbing dengan ilmu.Binalah rumah anak yatim ke pusat pengajian Al-Quran ke.... memang la rugi 1 tolak 1 tapi jawapannya.... kamu dapat 10 ! 1-1=10 ??? yes , memang tak logik tapi bila kamu ada seringgit , kamu derma seringgit , kamu dapat pahala berGANDA ! tak semestinya sepuluh , seribu , sejuta pun boleh !
Apa yg kita dapat adalah semata-mata pemberian dari-Nya , kita harus mengembalikan sebahagiannya kepada jalan-Nya. Tak akan kita rugi walau kita hilang segalanya seandainya DIA masih bersama kita.


   YES ! Inilah masanya samaada ingin menjadi ahli masyarakat yg BAIK-BAIK BELAKA ataupun BERUK-BURUK CELAKA ? Revolusi Pembaharuan Masyarakat bermula dari diri kita sendiri. Memang generasi ni teruk namun kita masih diberi kesempatan untuk mencipta generasi yg lebih baik , iaitu generasi Anak-Anak Kita. Ciptalah langkah baru , didiklah diri dengan ilmu , persiapkan diri !
         "Children are educated by what the grown-up is and not by his talk"- Carl Jung