Pages

Sunday, June 19, 2011

Akan Ku Cuba

      Assalamualaikum


aku sedar.. aku takkan buat lagi

     "Heart are like glass. Be careful. They can  break." Perkataan yg amat sesuai menerangkan apa yg baru ku alami. Seteguh manapun dia , hatinya tetap mudah terusik. Namun , contoh yg sesuai adalah 'Botol Sos' ( yg jenis kaca ) , keras namun sekali jatuh.... pecah berderai. Bukanlah kita sengaja menjatuhkannya tetapi hanya terlanggar meja sedikit , hilanglah imbangan botol dan golekan yg mantap pun bermula kearah sudut-sudut yg tiada penghalang agar terjatuh kelantai dan dibersihkan oleh mak cik cleaner seterusnya. 

aku tak sengaja T_T

    Hati mana yg menduga dirinya kan terluka. Memang ku tidak berniat pun cuba melukainya. Aku tahu , diri ini bukanlah pendengar yg baik. Never hurt the one's you love because this will be one of your mistakes that will be impossible to forget nor fixed. I know , it's too late. Maafkan aku..... Rasa bersalah ini bisa membunuhku perlahan-lahan. Macam orang minum Arsenik , mati secara perlahan... Bukan mati tak bernyawa , tapi tak berjiwa. T_T



      Diriku berserta dengan 3 org "geng karas" diatas , menyusun 10 jari meminta kemaafan. aku betul-betul tidak sengaja. Sepatutnya aku pun nyanyi bersama mereka , tapi aku kan cameraman. Peristiwa ini pasti menjadi pengajaran yg baik buatku. Takkan ku ulanginya lagi , aku janji. Akan ku cuba sebaiknya menjaga hatinya , kerana walaupun botol sos ini brittle tapi jika dijaga sebaiknya dan dilapis dengan shock-absorbant  material maka takkan pecah jua. Tidak pernah pun dirimu menyusahkan , bahkan menyenangkan. Tiada istilah menyusahkan dalam kamusku. Janganlah berfikiran begitu , janganlah mempersoalkan apa yg pernah ku lakukan kerana semuanya ikhlas , tanpa ganjaran. Malangnya tiadapun istilah menyusahkan dalam semua yg ku lakukan. Kalaulah aku susah , mengapa aku masih ada bersedia membantu? Come on.... Mendengarkan ceritanya , keluhannya , nasihatnya.... tiada yg lebih menyenangkan daripada mengenali seeorang insan berhati mulia. Kelemahan itu pasti ada , there is no such thing as Perfect Person. Namun , kita boleh ikhtiarkan sesuatu kan ? Aku cukup senang dengan dirinya , menerima seadanya. Maafkan aku... Takkan ku sia-siakan mu lagi. Acceptance and Tolerance , all for you. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui niat dan kejujuranku. Aku serius....




      Aku tahu.... dirimu pasti kan membacanya satu masa nanti. Aku takkan ulanginya lagi... InsyaAllah... Kalau tak keberatan.... baca yg ni haaa... tekan yang ni wahai Permata
      Pada pembaca yang lain , maaf entry kali ni agak pelik sedikit. Aku menulisnya untuk meminta maaf , bukan untuk tatapan umum (18SG). hehehe kanak-kanak jangan baca ( sepatutnya letak la awal-awal , bengap la blog-writer ni >.< ). Selamat berjuang , dakat-dakat sudah maw exam. Moga cita-cita mu tercapai dengan kejayaan yg cemerlang. Kami sentiasa mendoakan yg terbaik buat semua. See you soon , Permata 

Friday, June 3, 2011

Pasar Malam

Assalamualaikum
  Pasar Malam ada di mana ?
      di Nusantara bersistem Raja ;
  Cik abang cik adik nak makan apa ?
      tinggal pilih , beli dan makan jer !

       Inilah pengalamanku yg baru terjumpa pasar malam di semenanjung. Kebetulannya , pasar malam tersebut ada pada tiap isnin dan the good news is : Depan Kolej Kediaman pula tapaknya ! Apa lagi mari kita serbu dan serang ! Teringatku pada Harta negeri tercinta... ini dia ;


      Sebenarnya , ini bukanlah benda baru bagi seorang Sabahan. Dan inilah masanya aku nak 'promote' negeriku tercinta yang berlatarkan gunung yang tak asing lagi bagi bukan-pendatang-tanpa-lesen@izin. Gunung apa ?? Abaikannya , jawab sendiri. Sabah juga mempunyai 'Pasar Malam' tersendiri yang bernama Tamu. Bezanya , Tamu start pagi hingga tengahari dan ada juga yang hingga malam ( Available in certain places only ). Namun , rencah utama bagi Tamu ialah sayuran dan jua buah buahan yg kadang-kala aku sendiri pun tak pernah tengok. What a shame sabahan tak pernah tengok Produk negeri sendiri :'(



Dan yg paling menggembirakan , benda ni mendapat sambutan. Malahan , dijadikan satu pesta yg pada setiap tempat mempunyai nama-namanya sendiri. Congrats to Sabahan yg cintakan kebudayaan dan warisan kita. Tamu will always be a part of a true Sabahan. Sabahan mana yang tak pernah pergi tamu ? *booo*


  Come and visit this Land Below the Wind. When it says "wind" , you'll know this beautiful land are truly peaceful as if when the wind blows , it will end all of your miseries and sadness. fulaamaak trip speaking pulak aku ni @_@. Come to Sabah and explore it's natural beauty. Nature's best kept secret are still lingering somewhere out there to be found ( only at this land okay ). Curiosity kills and 'secrets' aren't easily revealed. Want to find out ? Sabah maree....

Thursday, May 12, 2011

Masyarakat Rosak ?

Assalamualaikum

    Tajuk entry kali ni macam membosankan je ? Apa yg rosaknya masyarakat kita ? Ish ish ish , banyak sangat rosaknya ! sedar atau tak , terpulang... Tepuk dada tanya selera , apa benda yang tak kena ? Melalui apa yg pernah ku alami sendiri , benda-benda ni berpunca dari 3 jenis bahan-bahan rencah kebinasaan. Wa ? mari kita bincangkan selanjutnya. ( sebenarnya ada banyak lagi , malas nak tulis :P )

Wanita ( yang miang k )


  Hahaha.. tentu ada hati kecil berkata " apasal kami pulak ? ".. janganlah terasa. Siapa yg makan cili , dialah yg terasa pedasnya. yg ingin saya sentuh disini ialah wanita yg bergaul secara bebas @ free. Wanita ni sebenarnya penghias dunia , seperti yg pernah ku jumpa sampai hari ni pun masih tak boleh lupa. Yg jadi masalah ialah apabila wanita ini tersalah didikan , maka generasi seterusnya yg dilahirkan oleh mereka lebih cenderung utk jadi seperti mereka. Setiap wanita itu bakal menjadi ibu , yg merupakan insan pertama dan rapat sekali dengan anaknya. Bila ibu pergi clubbing , anak pun pergi jugak ? WTF.. kalau nak dilarang pun , memang pekena " eleh.. mak pun sama ( dengan aksi lidah terjelir ) ". Oh pedihnya , tak nak la berlaku begitu kan ? Bukanlah ku menyalahkan wanita yg jadi punca masalah , tetapi janganlah wanita mencari masalah. Biarlah nilai kamu seperti permata , bukan FREE. Jual la mahal sikit , jangan bagi can mat bangla usha kamu ! Bagi wanita diluar sana , janganlah tersalah pilih jalan. Tuntutlah ilmu yg bermanfaat , jangan buat maksiat. Kami sebagai lelaki pun bersalah juga ( MENGAKU pun ! ). tapi bukan aku :P

Arak dan Dadah


Wa ? Popular sungguh minuman Pak Rimau ni. Rasulullah S.A.W. pernah bersabda , "Arak merupakan pangkal segala kejahatan ". Eh ? apa kaitan dengan dadah  ? ( SAMA la tu :P ). Apa yg sedap sangat benda ni ? Kalau diminum pun , esofagus rasa macam kena tuang bara api je. Bila mabuk , macam org sot ! Banyak kemalangan dan kemusnahan rumah tangga gara-gara sebotol Air Gila ( yg ni terma yg sesuai ). Penderaan anak , kes rogol , kes bunuh... tak terkata la , banyak sangat kesannya. Buat apa dibeli benda yg membawa lebih Mudharat daripada Manfaat ? Dadah dan Arak ni bukan barang murah , ekonomi Mafia pun boleh jalan asal je dorang jual dua benda ni. Dengan membelinya , seolah olah kita menyokong kejahatan. Last sekali kita juga yg kena penyakit hati , buah pinggang... Nak ? kalau nak , memang kau NGOK ! Janganlah kita merosak diri sendiri , selamatkan masyarakat kita. Awak pun ahli masyarakat ni , buatlah sesuatu. 
Act Now !

Harta 


    Apa kena mengena dengan harta ?  Bukankah harta itu penting >> membina pusat hiburan , mengimport pelacur dari China , membeli senjata api utk kegunaan samseng , melabur dalam sindiket dadah , merasuah..... WOW ! banyak kegunaannya kan. Kalaulah tiada yang menggunakan hartanya kejalan seperti yg disebutkan , dunia akan jadi tempat yg sangat aman. Penggunaan harta tidak salah , namun harus dibimbing dengan ilmu.Binalah rumah anak yatim ke pusat pengajian Al-Quran ke.... memang la rugi 1 tolak 1 tapi jawapannya.... kamu dapat 10 ! 1-1=10 ??? yes , memang tak logik tapi bila kamu ada seringgit , kamu derma seringgit , kamu dapat pahala berGANDA ! tak semestinya sepuluh , seribu , sejuta pun boleh !
Apa yg kita dapat adalah semata-mata pemberian dari-Nya , kita harus mengembalikan sebahagiannya kepada jalan-Nya. Tak akan kita rugi walau kita hilang segalanya seandainya DIA masih bersama kita.


   YES ! Inilah masanya samaada ingin menjadi ahli masyarakat yg BAIK-BAIK BELAKA ataupun BERUK-BURUK CELAKA ? Revolusi Pembaharuan Masyarakat bermula dari diri kita sendiri. Memang generasi ni teruk namun kita masih diberi kesempatan untuk mencipta generasi yg lebih baik , iaitu generasi Anak-Anak Kita. Ciptalah langkah baru , didiklah diri dengan ilmu , persiapkan diri !
         "Children are educated by what the grown-up is and not by his talk"- Carl Jung

Sunday, April 3, 2011

Hoi Hentikanlah !

          Kenape la bila dunia ni makin maju , makin ramai pulak peminta sedekah ? Adoi , ni bukn maju namanya ,  tapi buntu ( dalam bahasa brunei bermaksud 'sudah buruk ataupun basi' ). Orang yg ambil kesempatan dlm hal ni jgn cakap la , RAMAI GILER ! Ni la org2 yg akan jahanam hidupnya sebab mengambil kesempatan atas kebaikan orang. Kalau yg betul2 tak mampu , boleh la mintak sedekah tapi yg geng2 sindiket minta sedekah kat serata Malaysia yg menipu secara terang-terangan apa hal ni ? Aduhai , rasa aku nak LEMPANG je muka sorang2. Menipu pun tak pandai , KETARA SANGAT LA BODOH ! Perasan tak kenape ramai yg mintak sedekah kat Malaysia ni ? Ianya disebabkan kamu ( rakyat negara yg kaya ni ) , bodoh sangat~ (senang kena tipu). Mai aku tunjukkan ;

                                               Power Rangers pun tak cukup makan dan tak berumah
                                               Susah sgt ke hidup zaman moden ni ? sampai sanggup
                                               meminta-minta ? usahakan dengan kudrat , kerana kudrat
                                                  itu merupakan rezeki yg sengaja Tuhan bagi kan ?

          Taktik pertama yg digunakan ahli sindiket ialah men-target mangsa2 yg boleh dimakan. Contohnya , bila kamu tengah dating dengan aweks mesti ada orang ketiga mencelah. "Oi ! Jangan kacau la aku tengah mengayat ni" bisik si Boy. Untuk mengelakkan GANGGUAN BERPANJANGAN , si Boy pun bagilah duit kat pencelah (peminta sedekah TIPU) tadi. Tapi , bukan sikit duit yg diberi ( konon nak tunjuk la kat aweks yg kita banyak duit dan baik hati ). Aduh , dah la makan maggi jer hari2 konon nak sedekah banyak ? pui.... Kalau nak bersedekah , jangan ditunjuk-tunjukkan. Ni la sikap orang yg mmg ku ANTI , kalau ku jumpa memang berdarah jawabnya ! Ikhlaskan hati dalam bersedekah dan jangan diungkit mahupun ditunjukkan. Betapa mulianya mereka  yg berbakti tanpa mencari nama , dijanjikan syurga ! Ini peminta sedekah yg memaksa kerana dia tahu mengambil kesempatan dan merupakan penipu ! Awas ! jgn sampai anda diperbodohkan sekali lagi =P

                                       eleh , budak2 pun tahu korang menipu ! hentikan je sindiket ni

             Taktik kedua , mesti nenek2 yg dah tua sgt ( yg sudah di penghujung senja ) dan kanak2 yg selekeh dan mempunyai wajah seposen (10 sen ) digunakan sebagai EJEN PENIPUAN kerana golongan ini merupakan magnet simpati yg dah over-charged , senang je nak tarik tumpuan orang ramai. Aduhai , kesian nenek2 dan budak2 yg terpaksa mahupun dipaksa membuat kerja Tipah Tertipu ni. Paling yg aku tak puas hati , boleh pulak diorang ni digajikan utk minta sedekah kerana Peminta Sedekah merupakan kerjaya yg lumayan. Betul tak ? hari2 dapat income punyaaa~ WTF.... kalau begitu semua la jadi peminta sedekah ? SIALAN BETUL taktik diorang ni , orang2 begitu pun dibedalnya nak jadikan sumber bisnes. Kalau terdesak , mereka2 ni sanggup buat apa saja termasuklah bersubahat dalam kerja TAK GUNE ni. Kita apa lagi , kalau dah tgk muka budak kelaparan atau mata nenek2 yg sayu mengharap sesuatu untuknya meneruskan hidup tentu la kita caaaiiiiirrrrr..... memang keluar seringgit dua punyerr.. Main Psikologi emosi diorang ni kan ? Tak adil betul ! Mai la tengok link ni kalau tak percaya betapa berkesannya TAKTIK SIALAN ni @_@
                                              Ramainya dorang.... sanggup kesini nak cari duit ,
                                              negara kita ni kaya dengan peluang dan itulah yg
                                              mereka nak rebut. Hati-hati lain kali la yerr ,
                                              Peluang itu harus kita rebut dulu sebelum mereka

          Taktik ketiga , kawasan yg dorang pilih amat strategik , mcm memilih pelabuhan entrepot la katakan. Seperti dirancang dengan teliti ( memang pun ) dan tersusun dan yang paling membingungkan , ada masa2 tertentu mereka banyak. Cthnya , tak tahu la samaada anda pernah tengok atau tak... biasanya mereka2 ni akan banyak berkerumun dilaluan sekitar masjid , mengharap simpati mereka yg hendak beribadah terutamanya pada masa sebelum dan selepas solat Jumaat. Selain dari masa tu tak ada pulak.. ni jenis peminta sedekah apa ni ? Tak REAL la ! Kalau nak ambik kesempatan tu macam2 kn ? ada sesetengah mereka ni ketara sangat menipu. Tengok badan sihat waalafiat , boleh kerja tp kerja TAK GUNE ni pulak dipilihnya. WTF~ korang tak sakit hati ke ? biasanya mereka ni orang2 asing , bukan rakyat kite pun.... Haiya , bikin panas je. Menyemak negara !

                                             haa ini yg bagus , tak nampak kn apa yg diberinya ?
                                                ini barulah dinamakan sedekah , dapat pahala !

            Setelah ku berjaya membuka simpulan tali yang bekulut ni , boleh la disimpul kembali bahawa pilihlah orang yg ingin anda sedekahkan itu , siasat latar belakangnya ataupun cara yg lebih baik lagi ialah salurkan sedekah anda itu ke agensi2 tertentu yg boleh handle benda ni supaya tiada lagi orang yg boleh mengambil peluang atas KEBODOHAN kita. Ikutlah saluran yang betul , agar benda ni tak jadi masalah. Kalau anda masih terjumpa peminta sedekah yg tak henti2 meminta sehingga bertahun lamanya , ini dah jadi kerjayanya dan jgn lg diberi agar tak terlalu manja. Baik anda berikannya kerja seperti jaga kambing  ke jadi mat despatch ke asalkan dia stop la keje TAK GUNE ni. Kalau yang ada kudrat tu jangan la minta sedekah (ni dah jadi MINTA PUJI ). kalau yg cacat takpe la , bagi jerr sbb mmg dorang susah nak cari makan. Akhir kata , "kita temui penyelesaian dalam kejahatan".... Muahahaha..  Bagi yang ingin bersedekah tu bagi je la , tiada yg menghalang. Sendiri maw ingat la.... Stop This Syndicate By Taking the Right Action Now !

Monday, March 28, 2011

Kenapa sikap perlu diubah ?

         Apa khabar semua ? Siapa boleh meneka entry kali ini tentang apa ? Acapkali perkataan 'sikap' (bukannya siakap) bersangkutan dengan  "perubahan sikap bagi mencapai kejayaan" dan ini bukanlah sesuatu yg asing bagi anda bukan ? Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka , 'sikap' itu adalah bersinonim dengan 'gaya lagak' , 'tingkah laku' , 'perangai' tetapi menurut kamusku ( yang tercetus dari pemerahan 'super computer' )  , 'sikap' itu adalah sesuatu yg  menjadikan dirimu itu sebagai ANDA yg kamu kenal sekarang. Ditahap molekular , bolehlah dikatakan 'sikap' merupakan building-blocks (macam batu-bata) untuk bangunan bernama "diri" yg kadang kala ada kelemahan struktur. Bagaimana kalau struktur itu lemah ? REPAIR la jawabnya. Bangunan itu ( awak la ! )  hanya boleh di-REPAIR dengan melakukan perubahan2 yang perlu   dan satu-satunya orang yg berkebolehan melakukannya adalah diri anda sendiri. 
        Bosan gilerr pendahuluan ni ! Mari kita teruskan kepada apa itu perubahan2 yang perlu    @_@ 


                                            figure 1 : tengah mengubah sikap ke tu ?


               Pertamanya , tanamkan 'sikap' tahan cabaran  dan ini hanya boleh dicapai jika anda pernah merasa apa itu kesusahan  hidup. Ini boleh menambahkan lagi kesedaran diri ( bagi yg tak sedar2 lagi ! ) tentang mencabarnya kehidupan. Benda ni la yg buat kita tak mudah putus asa dan sentiasa bersemangat kerana kita pasti tak akan mahu lagi merasa hidup susah bagi kali yg keduanya. Anda pernah bekerja ? Betapa susahnya mencari rezeki , kesian aku tengok pak cik jual aiskrim , kaling2 (benggali) jual kain dengan hanya memakai basikal kesana kemari sanggup berhujan berpanas demi sesuap nasi. Belum termasuk lagi mereka yg kerjanya sentiasa berdepan bahaya seperti polis yang bila2 masa je boleh melayang pergi kalau dah sampai ajal. Sanggup dorang bedal kerja2 berbahaya disebabkan kamu kan ?. Berjuta-juta manusia membakar keringat setiap hari , termasuklah ibubapa anda dengan hanya bertujuan mencari makan dan menyara kamu. Kenapa la mereka boleh tahan extreme condition begitu agaknya ? Fikir-fikirkanlah , masing2 kan ada 'super computer' tinggal guna je..... Hargai keringat ibubapa anda yg bersusah payah mencari duit , kalau kau kerja baru kau RASA !


                                                       figure 2 : jangan jadi beruk la !


       Kedua , jangan sesekali memandang rendah  kemampuan orang lain kerana 'sikap' BUROK (ke BERUK ? )  ini mampu menghalang anda untuk merasa kejayaan walaupun sedikit. Kita tidak akan pernah tahu akan KAPASITI seseorang dan PENGALAMAN yg dimilikinya. Rezeki yg amat besar pasti akan dikurniakan bagi mereka yg dipandang rendah kerana Allah S.W.T. itu maha Adil dan Penyayang sekiranya kita memohon pertolongan kepada-Nya atas kezaliman yang dilakukan BERUK-BERUK  itu. Tiap2 manusia itu punya kelemahan dan janganlah kita merendahkannya kerana kita pasti akan menjadi BERUK yg BERPERANGAI BUROK  atas 'sikap' kita yg teruk ini. insan yg kamu rendah-rendahkn itu lebih hebat daripada kamu dalam sesetengah perkara. What comes around , goes around !


                                                  figure 3 : bersaing secara sihat , adil ,
                                                          saksama dan berwibawa !




      Ketiga , tanamkan 'sikap' berdaya saing dalam setiap perkara yg kita lakukan. Inilah 'sikap' yg mampu membakar semangat , silaunya mengalah-ngalakan matahari ( supernova pun boleh surrender dengan pancaran gemilang semangat kamu ) dan semangat tahap dewa ni bakal mencipta satu daya usaha yang berterusan , berkesan , penuh sinaran dan pastinya ! tanpa sesalan. 'sikap' ini jugalah yg mampu mengelakkan diri main2 jampi bila dah dengki dengan orang kerana diri anda telah punyai satu semangat dalaman yg power utk mengalahkannya , tak main la "semangat2 halus" lagi. Tahu sebab kenapa Dia ciptakan org2 berjaya ? Sebab dia nak kita jadikannya contoh dan saingan , bukannya nak kita JAHANAMKAN ! Jauhi la perangai buruk  yg suka merosakkan hidup orang dgn cara halus ni , BERDOSA BESAR






                                      figure 4 : bagaimana dgn harta anda (masa) ini ?
                                                           terurus dengan baik ke ?


       Keempat , elakkan 'sikap' bertangguh kerana inilah pencuri masa yg boleh menjadikan anda orang yang sewel2 + pening2 lalat disaat-saat akhir sesuatu tugasan. Untuk berjaya , masa adalah kunci utamanya dan kebaikan menguruskannya dgn berkesan mampu menjadikan anda sebagai SUPER HUMAN ! Tidak kisah la bagaimana anda menyusunnya ( masa anda ) asalkan kesemua kehendakmu ditepati sepenuhnya kerana itu urusan anda , bukannya urusanku ! Ku akui , aku salah seorang pengamal 'sikap' yg merugikan ini namun perubahan demi perubahan berlaku sehinggalah masalah ini berjaya ku REPAIR  (dengan bangganya hahaha) dan semasa ku masih mengamalkn perangai gila ni , mesti masa mainku lebih daripada masa buat kerja yg telah membawa kepada FENOMENA TRAFFIC JAM ( yang mampu memecah kepala ) kerana kerja terlalu CROWDED disaat akhir ! ARGH !




                                               figure 5 : orang nak jaring goal pun sujud ! 
                                                 beginilah juga kita nak jaring kejayaan ! 


      Kelima , jauhilah 'sikap' bergelumang dengan maksiat dan tukarnya menjadi ingat kepada-Nya. Kamu ingat kejayaan kamu tu kamu ke yg dptkn 100% ? SALAH ! Kebodohanmu terserlah jika bergantung pada usaha semata-mata tanpa meminta pada-Nya. Kamu tanyalah kepada kawan-kawanmu disekeliling bagaimana betapa BERSUSAH-PAYAHNYA usaha mereka utk mendapatkan kejayaan tapi ada jugak yg tak dapat kan ? Tepuk dada tanya selera... Tapi ada hikmahnya kamu tak diberi nikmat yang bernama  kejayaan kerana utk mengingatkan kepadamu bahawa kepada SIAPA kamu patut kembali dan meminta. InsyaAllah , hidup kita akan dipermudahkan jika kita ingat pada-Nya dan menjauhi apa2 yg dilarang-Nya kerana disitulah letaknya peranan kita sebagai hamba yg hidup utk memakmurkan dunia yg fanaa ini. Apa salahnya sujud lebih lama ketika mengerjakan solat utk kita memohon pertolongan kepada-Nya (klu buka FB punyalahhh main lama , cuba la sujud pun begitu)... Janganlah kita sombong pada-Nya kerana hidup kita adalah semata-mata untuk-Nya. Tiap-tiap hidup seorang manusia itu punya naik-turunnya ,sedih-gembiranya , dan pastinya kegagalan yg boleh bertukar menjadi kejayaan jika anda nekad BERUBAH ! ( jangan saja TERABAH sudah la , pastikan niat anda betul ! )


        Setelah kita main simpul2 dan kumpul , boleh agak kenapa 'sikap' perlu diubah ? Ni senang je nak jawab , bukannya  ROCKET SCIENCE pun ! Secara simple , boleh kita wakilkan dengan "kalau tak dipecahkan ruyung , manakan dapat sagunya" dan "kalau tak dicancang pohon rebung , manakan dapat cacap embulong(ambuyat) ". Setakat lima ini saja 'sikap' yg perlu ada dan tak ada bagi mencipta suatu kejayaan atas nama perubahan2 yang perlu.  Kalau ada lagi permintaan , akanku tambah ! Kalau berani komen la , curahkan idea yg terbuku dalam organ sebesar dua penumbukmu tu. Setakat ini saja dan moga ini bermanfaat dan mengingatkan kita semua apakah yang patut kita lakukan utk mengorak langkah yang baru.. Harap jangan terasa *kalau dah ter.....  tak apa la bukannya mati pun*  =P


Harap terimanya dengan positif , tak ada niatku utk menyindir. Maaf andai terkasar bahasa

Saturday, March 26, 2011

Tahniah Cigoh2 SMKB !

    
          Alhamdulillah , akhirnya dpt jua result walaupun aku ngambil jam 2.30 ptg ( hujan pulak tu ).. Tahniah kpd kwn-kwnku yg berjaya mendapat A dlm subjek masing2 , kamu menyumbang kpd kecemerlangan sekolah. Tahniah ! A mmg tah susah maw dpt , bersyukur la walaupun sebuting. (x kira la A ape , rezeki !)..
       Jutaan terima kasih ku sampaikan pd semua guru2 dan staf SMK Bongawan atas khidmat dan bakti mereka bertungkus lumus utk melahirkan anak bangsa berguna. Rajinnya Cg. Kasim membuat kelas tambahan bio tiap minggu , Teacher Lawrence dgn Teacher Hardiana yg byk memberi soalan kimia( bnyk sgt bha kana bari T.T ) , Cg. Jafsany yg banyak memberi tunjuk ajar dan rajin menjwb pertanyaan sukar pelajar dlm math dgn fizik , Ustz. Samsu dan Sir Sudirman yg bnyk menegur kesalahan berulang( dlm Addmath @_@ ) dan juga bnyk memberi soalan power ( soalan pemecah kepala )  , Teacher Shima dgn Teacher Betty yg bnyk memberi tunjuk ajar dlm bahasa omputeh ni ( aku tuyu BI , drg la yg tegurkn akhirny dpt jua improve cket ) , Ustazah Norella yg bnyk memperbaiki akhlak kami dlm mengajar agama , Cg. Asmah dgn leterannya yg penuh inspirasi ( selalu menyedarkn kami , cg ni berjiwa seorg ibu penyayang ) namun pengajaran sejarah beliau tetap mantap , Cg. Najib yg bnyk membantu pelajar melihat dunia realiti dan membakar semangat kami utk berjaya dlm apapun ( guru kelas yg paling hebat pernah ku jumpa , otak bergeliga idea punya main kreatif siot ! ) ,  Cg. Syarifah yg bnyk menunjukkan skill karangan mantap dan berkesan dan memberi cetusan idea yg mengalahkn 'super computer' , dan tak lupa jg kepada cigoh kesayanganku Cg. Said Abdullah yg sentiasa ada awal2 pg lg di bengkel depan iskol ( sedia menunggu utk sebarang pertanyaan tiap2 pagi persekolahan namun ramai pelajar yg x mengendahknnya , [rugi bha cg ada tp x maw bertanya] ).. Cigoh2 kita mmg gigih berusaha dan selayaknya mendapat setinggi tinggi penghargaan. Cigoh2   SMKB terbaik ! teruskan usaha mulia cigoh2 semua ! Maaf andainya ada salah silap dariku ketika d skolah , aku ni slalu sgt lambat dtg ( masuk 6.40 tp sampai jam 7  =.=" ) , kadang2 aku tembirang , slalu tersilap cakap dgn cigoh2 pastu slalu pulak skip klas tambahan. Syukur kpd-Nya , dgn berkat dan doa cigoh2 , kengkawan dan beliau di rumah akhirnya SMKB berjaya melahirkn Straight A's scorer utk SPM. Tahniah kpd kmu semua , ini merupakan kejayaan kita bersama  
= )
     Bagi kawan2 yg lain jgnlah kecewa , Allah itu maha Adil dan tiap2 seorang insan itu punya rezeki masing2. Ada yg sentiasa sihat tubuh badan(cam Firaun) , ada yg rupa ncem dan lawa ( cam urg kuria =P ) , ada yg mudah dpt ikan kalau mengail ( sedangkn org lain mengail d sana 48 jam pun x jua dpt2 ) , ada yg ibubapanya org berduit ( tunjuk saja ,  tinggal ngeluarkn usin dalam paket ! ) , ada yg masih punya mak bapak ( ni la nikmat terbesar , rezeki paling kita x mahu hilang ) , ada yg mudah apply kerja ( padahal org lain yg lebih baik apply pun x dpt2 ). cigoh2 dan bliaumu sentiasa mendoakn yg terbaik utk kehidupanmu dan doa ibubapa ni bukn calang2 ! X perlulah kita mengimbau dan meratapi kesilapan yg lalu , bg sasak kepala sj. Buka langkahmu yg baru , azam baru , semangat baru (kasot baru.. hehe) dan mudah mudahan kejayaan itu milikmu. Moga berjaya dunia akhirat !

     "Happiness is not something you postpone for the future; it is something you design for the present," - Jim Rohn

Thursday, March 10, 2011

Buku yg POWER !

      Sesape pernah baca buku 'International Jews' ? Pernah jumpa ? jika anda dapat berjumpa dgn buku ini , anda amat bertuah. entry kali ni ( yg pertama ) , aku ingin berkongsi ttg sebuah buku yg mampu merubah mind-set anda dan mungkin menjadikan anda sedar akan 1 bangsa yg berjaya mengawal dunia melalui cara2 yg kita tak ketahui. buku ini adalah himpunan2 kajian Henry Ford( pengasas Ford Motor Companies ) yg menyedari pelan jahat Yahudi yg memulakan WWI (Perang Dunia Pertama) , dan beliau pun memulakan perjuangannya menyedarkan org ramai melalui akhbar The Dearborn Independent agar semua org sedar akan bahaya yg dicetuskan bangsa ini. Beliau sanggup menanggung kerugian , dgn hanya menjual akhbar tersebut dgn 5 sen senaskhah , harga yg mampu dibeli org ramai. beliau sanggup berhabis duit mengupah ejen , editor akhbar , penyiasat persendirian dan juga utk merasuah org2 penting dalam persoalan ini. namun , perjuangan ini bukannya mudah. setelah diketahui org2 Yahudi , banyak editor dan org kanannya mati secara misteri malahan beliau sendiri hampir mati dilanggar lari. akhbar yg dijual amat sukar didapati kerana semuanya telah dibeli dan dihapuskan org2 kaya Yahudi sebelum dapat dijual dan dibaca org kebanyakan. Bangsa ini merupakan musuh dalam selimut , yg patut diperangi semua org. namun , bukan semuanya begitu. Saya cadangkn kepada mereka yg diluar sana agar mencari dan membaca buku ini kerana ilmu yg anda dpt lebih berbaloi dprd wang yg anda korbankan. buku ini juga mengandungi Protocols of the Elders of Zion yg membincangkn cara2 bangsa ini mengawal dunia. Alhamdulillah , dgn usaha yg dibuat oleh mendiang Henry Ford , kita dpt membaca dan memahami pelan jahat Yahudi. Bnyk lagi yg saya nak kongsikan pada kali ini tp belum habis baca lg ( fully in american english , susah law guna kamus murah ).. InsyaAllah , akan saya kongsikan dilain masa. INGAT ! cari buku "International Jews" dan BACA !